new year 2016
Pendaftaran Pelajar Baru (Sesi 2016)
November 24, 2009
Maklumat Logo SRIAAKT
September 6, 2012

Berminat Menjadi Guru?

alt

alt

Kami mengalu-alukan calon guru yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga kami.  Calon-calon  dialu-alukan memohon secara ‘on-line’ bila-bila masa walaupun tiada kekosongan buat masa ini. Permohonan calon akan disimpan dan dipanggil untuk temuduga jika ada kekosongan yang sesuai dengan kelayakan calon.

Syarat-syarat asas menjadi guru sekolah -sekolah di bawah PPAA adalah seperti berikut:

  1. Minimum Diploma untuk sekolah rendah dan Ijazah Sarjana Muda untuk sekolah menengah.
  2. Mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi guru.
  3. ‘Fresh Graduate’ boleh cuba memohon dengan syarat telah memperolehi Ijazah/Diploma.
  4. Memperolehi kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM/SPMV.
  5. Berperibadi muslim/muslimah dan bersedia untuk melalui sistem tarbiyah Al-Amin
  6. Kemahiran berkomunikasi yang baik.
  7. Warganegara Malaysia
  8. Tidak merokok bagi calon lelaki.
  9. Sanggup bekerja di kawasan Kampung Pulai Baru, Tepoh. 

Permohonan boleh dibuat melalui;

1) Menghantar resume ke emel sekolah (sriaakt02@yahoo.com)

2) Menghantar resume ke pejabat sekolah dalam waktu pejabat (Ahad-Khamis: 8.00am-4.00pm)

*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi jika ada kekosongan jawatan.

Terima kasih.