Objektif Penubuhan SRIAAKT
September 27, 2012
Falsafah Pendidikan Al-Amin
October 29, 2012

Pengenalan

JIM

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Pengenalan Mengenai Kami

Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Terengganu (SRIAAKT) merupakan salah sebuah sekolah rendah agama bersepadu Negeri Terengganu Darul Iman. Sekolah ini merupakan rangkaian ke-4 dari Pusat Pendidikan Al-Amin Terengganu dan salah sebuah dari 35 buah sekolah rendah dan menengah agama yang menggunakan silibus agama MUSLEH (http://www.musleh.edu.my/). Di awal penubuhan, sekolah ini bernaung di bawah pengurusan NGO Islam iaitu Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Terengganu. 

SRIAAKT telah memulakan operasinya pada tahun 2002 dengan murid pertama hanya seramai 46 orang. Premis operasinya ketika itu ialah sebuah villa di Kg Bukit Tok Ris, KT.

Disember 2007, SRIAAKT berpindah ke sebuah madrasah lama di Kg Padang Air. Bilangan pelajar mula meningkat kepada 155 orang.

Tanggal 15 Jun 2009, secara rasminya, SRIAAKT berpindah ke bangunan kekal di Kg Pulai Baru, Bukit Berangan KT. Bangunan ini merupakan berkat hasil daripada sumbangan, zakat dan pinjaman peribadi orang ramai.

Menjelang 2010, SRIAAKT secara rasminya di bawah kelolaan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Daerah Kuala Terengganu; merupakan cawangan kepada pertubuhan NGO yang menguruskan dakwah, kebajikan serta tarbiah di seluruh Malaysia yang tidak berteraskan keuntungan. (http://www.ikram.org.my/)


JIM

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

MUSLEH

MUSLEH

sriaakt

Logo Sekolah Lama

 alt